Kes rasuah bekas Setpol Shahrizat, mana suara Najib? FEB 11, 2014 HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: Walaupun Peguam Negara, Tan sri Abdul Gani Patail menafikan adanya campur tangan politik dalam kelewatan pertuduhan terhadap bekas Setiausaha Politik (Setpol) bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang sebelum ini sudah dinyatakan akan didakwa di mahkamah oleh SPRM tetapi tiba-tiba dibatalkan apabila tiba waktunya, namun ia sama-sekali tidak berupaya menghentikan orangramai daripada terus bercakap mengenainya. Demikian ulasan penulis Shahbudin Husin di dalam blognya, semalam. Menurutnya, di sebalik penafian Gani Patail bahawa ada campur tangan politik dalam penangguhan kes itu, orangramai tetap mengharapkan ia akan dibawa juga ke mahkamah akhirnya supaya kes yang merosakkan nama kerajaan ini dapat diadili, lebih-lebih lagi ia melibatkan dana yang diwujudkan untuk membantu golongan miskin. “Dalam hal ini, penafian Gani sahaja tidak memadai sebenarnya. Najib perlu bersuara dan menyatakan pendiriannya serta kerajaan mengenai kes itu memandangkan di sebalik penangguhan tersebut, nama beliau dipalitkan secara langsung dalam banyak sesi perbualan, dari kedai kopi di hujung kampung hinggalah ke coffee house di hotel-hotel mewah,” tulisnya. Baginya, hanya dengan Najib bersuara bahawa tiada campur tangan politik dan beliau menyerahkan sepenuhnya kes itu kepada SPRM dan Peguam Negara menjalankan kerjanya secara bebas berdasarkan bukti dan undang-undang yang ada, barulah sekurang-kurangnya ia dapat memulihkan keyakinan umum. “Selagi beliau berdiam diri dan membisu, selagi itulah beliau akan terus dikaitkan,” ujarnya. Menurutnya lagi, sebelum kes Setpol Shahrizat ini benar-benar dibawa ke mahkamah untuk didakwa, Najib seharusnya bersuara dahulu menyatakan pendirian tiadanya campur tangan beliau serta ketegasannya agar kes ini diteruskan untuk diadili dan dijatuhkan hukuman. Beliau berpandangan, hanya dengan bersuara sekurang-kurangnya membantu memulihkan imejnya tetapi dengan Najib sehingga in memilih untuk terus menyimpan suaranya, persepsi buruk lebih membebankannya


FEB 11, 2014
 HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Walaupun Peguam Negara, Tan sri Abdul Gani Patail menafikan adanya campur tangan politik dalam kelewatan pertuduhan terhadap bekas Setiausaha Politik (Setpol) bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang sebelum ini sudah dinyatakan akan didakwa di mahkamah oleh SPRM tetapi tiba-tiba dibatalkan apabila tiba waktunya, namun ia sama-sekali tidak berupaya menghentikan orangramai daripada terus bercakap mengenainya.

Demikian ulasan penulis Shahbudin Husin di dalam blognya, semalam.

Menurutnya, di sebalik penafian Gani Patail bahawa ada campur tangan politik dalam penangguhan kes itu, orangramai tetap mengharapkan ia akan dibawa juga ke mahkamah akhirnya supaya kes yang merosakkan nama kerajaan ini dapat diadili, lebih-lebih lagi ia melibatkan dana yang diwujudkan untuk membantu golongan miskin.

“Dalam hal ini, penafian Gani sahaja tidak memadai sebenarnya. Najib perlu bersuara dan menyatakan pendiriannya serta kerajaan mengenai kes itu memandangkan di sebalik penangguhan tersebut, nama beliau dipalitkan secara langsung dalam banyak sesi perbualan, dari kedai kopi di hujung kampung hinggalah ke coffee house di hotel-hotel mewah,” tulisnya.

Baginya, hanya dengan Najib bersuara bahawa tiada campur tangan politik dan beliau menyerahkan sepenuhnya kes itu kepada SPRM dan Peguam Negara menjalankan kerjanya secara bebas berdasarkan bukti dan undang-undang yang ada, barulah sekurang-kurangnya ia dapat memulihkan keyakinan umum.

“Selagi beliau berdiam diri dan membisu, selagi itulah beliau akan terus dikaitkan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, sebelum kes Setpol Shahrizat ini benar-benar dibawa ke mahkamah untuk didakwa, Najib seharusnya bersuara dahulu menyatakan pendirian tiadanya campur tangan beliau serta ketegasannya agar kes ini diteruskan untuk diadili dan dijatuhkan hukuman.

Beliau berpandangan, hanya dengan bersuara sekurang-kurangnya membantu memulihkan imejnya tetapi dengan Najib sehingga in memilih untuk terus menyimpan suaranya, persepsi buruk lebih membebankannya

 

Untung mingguan RM500 hingga RM1,000! Bisnes ini hanya untuk mereka yang benar-benar serius dan berminat untuk jana pendapatan sampingan sahaja….Dengan bermodalkan RM70 seumur hidup anda pasti tidak akan menyesal sertai kami…Iklan-iklan semuanya telah disediakan..Kerja anda hanya copy dan paste sahaja minima sehari antara 10 hingga 30 iklan…Jadi apa tunggu lagi???

 

>>RAWATAN BEKAM POWER TERUS KE RUMAH ANDA 2014 K.LUMPUR & SELANGOR~ATASI MASALAH SAKIT BADAN, MIGRAIN, RESDUNG, STROKE, GANGGUAN SIHIR, GOUT, LEMAH TENAGA BATIN, TINGKATKAN MEMORI, BUANG TOKSIN DARI BADAN ANDA, BEKAM DI PUNCAK KEPALA SEMBUHKAN 72 PENYAKIT(sabda Nabi SAW) Appointment dan tempahan bekam lelaki/wanita SMS/WhatsApp BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN> Facebook http://bit.ly/bekamazzahra ♥ jom LIKE & SHARE ♥ INSHA ALLAH BERKAT 🙂