Adakah diesel habis dirancang untuk naik harga?


Adakah diesel habis dirancang untuk naik harga?

 

Harakahdaily, 29 Jul 2013

 

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan menyelesaikan segera krisis bekalan minyak diesel di beberapa negeri berikutan banyak aduan daripada pengguna jalan raya bahawa bekalan minyak diesel habis di stesen-stesen minyak.

“Keadaan ini sudah berlarutan beberapa hari lamanya dan ia menimbulkan kekalutan bagi pengguna jalan raya, khususnya pemandu-pemandu lori,” ujar Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al Hiss dalam satu kenyataan.

Lebih dari itu, ujarnya krisis bekalan minyak diesel bukan hanya berlaku di Semenanjung, malah ia juga berlaku di Sabah dan Sarawak.

Jika ini berlarutan, kata beliau ia boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi ketika negara berada di ambang sambutan Hari Raya Aidilfitri beberapa hari lagi.

Katanya, apa yang dibimbangkan adalah harga-harga barang terutama makanan akan meningkat mendadak atas faktor tersebut.

“DPPM merasa kesal kerana kerajaan khususnya daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak menyelesaikan permasalahan ini dengan segera,” katanya.

Sehingga hari ini, katanya tiada kenyataan rasmi dibuat ataupun tindakan diambil bagi memastikan masalah itu diselesaikan.

“Apakah kerajaan tidak prihatin dengan penderitaan dan kesusahan rakyat berhadapan dengan kemelut ini?” tanya beliau.

Justeru, beliau mempersoalkan di mana slogan ‘rakyat didahulukan’ apabila kerajaan masih diam membisu membiarkan kekalutan ini berlaku di banyak tempat?

Katanya, apa yang diketahui krisis diesel tidak meruncing di peringkat antarabangsa, justeru sepatutnya ia tidak menjadi suatu masalah kepada negara membekalkannya mengikut keperluan pasaran semasa.

“Apakah krisis ini dicipta dengan usaha terancang bagi memberi laluan agar harga diesel dinaikkan terutama di musim-musim perayaan seperti ini?

“Mungkinkah harga diesel akan dinaikkan dalam masa terdekat?” tanya beliau lagi.

Justeru, kata beliau DPPM mendesak suatu penjelasan diberikan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berhubung isu ini.

Katanya lagi, kerajaan perlu proaktif dengan melihat senario yang berlaku, dan sebelum krisis ini menjadi parah, seharusnya kerajaan bertindak cepat bagi menyelesaikannya.

“DPPM sendiri akan menjadi pemantau dalam isu ini bagi memastikan kerajaan benar-benar serius mengambil tindakan bagi menyelesaikan kekurangan diesel dalam masa segera,” katanya.

Dengan mandat baharu melalui PRU ke 13 daripada rakyat, ujar beliau inilah masanya kerajaan berkorban dan berbakti kepada rakyat sebagai tanda terima kasih atas sokongan yang diberikan.

Menurutnya, hanya kerajaan yang amanah, prihatin, cekap mampu menyelesaikan permasalahan rakyat dengan tangkas.

Rakyat juga, ujar beliau tidak mahu menerima alasan harga diesel dinaikkan walau apa keadaan sekalipun.

BISMILLAH~ASSALAMUALAIKUM

PERLANTIKAN 10 TOP AGEN KEDAI ONLINE SPEEDRICH99 SELURUH MALAYSIA

TARIKH: 3/8/2013 SABTU 10PM

LOKASI: HQ BIORICH MARKETING, No. 15 Jalan PPSL 1, Pusat Perniagaan Sungai Lias,

45300 Sungai Besar, Selangor.

>BISNES kedai Online Herba baru dilancarkan memerlukan 10 TOP AGEN seluruh Malaysia sebagai PERINTIS Sistem Jutawan Online Menjana Keuntungan sehingga maksima RM100,000 Sebulan! Bertemu terus dengan En Shah Jehan dan Jutawan Internet Biorich Hj Ishak untuk Sesi Tawaran Sebagai Top Leader=SESI GEGAR SPEEDRICH99 SELEPAS RAYA NANTI!

Jika anda berminat sila daftar di sini : http://bit.ly/jutawancash

>>sms kpd En Shah Jehan YA SAYA MAHU JADI PERINTIS TERAWAL JANA RM100,000 DI HP 017-2378001. TQ. LIKE & SHARE PELUANG INI PADA RAKAN ANDA 🙂

Leave a comment