Kerja menaip iklan online syarikat dirumah lumayan mingguan rm5k top 10 jawatan kosong terbaru 2020


*Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.*
_(Terjemahan Surah Al-Anbiya, ayat #35)_

….🌻O→السّلامُُ عٓلٓيْكُم←O🌻….
…….O→وَرَحمَةُ الله وَبَرَكَاتُهُْO…….
▁▁▁Assalamualaikum▁▁▁
▁▁▁▁Warahmatullahi▁▁▁▁
▁▁▁▁▁Wabarakatuh▁▁▁▁▁

#100 pengambilan agen baru sambilan dirumah jualan online sambilan dirumah kopi power Suami Perkasa Isteri Mantap kopi malam jumaat kopi kurma plus daftar percuma di http://bit.ly/tambahduitharian

SELANGOR HILANG RM1 BILION SELEPAS TAN SRI KHALID DIKHIANATI Saya sebak. Tiga hari lepas, genap lima tahun Tan Sri Khalid Ibrahim dijatuhkan dari jawatan Menteri Besar Selangor pada 2014: Takdir Allah, jatuhnya Tan Sri Khalid Ibrahim akibat fitnah dan pengkhianatan politik PKR, rizab Selangor hari ini juga jatuh merudum dari sekitar RM3.3 bilion ketika era Tan Sri Khalid kepada hanya RM2.3 bilion. 2. Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Menyaksikan. Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menjadi Menteri Besar Selangor dahulu telah menaikkan rizab Selangor dari hanya RM400 juta pada 2008 melonjak menjadi RM3.3 bilion pada 2014. (Rujuk: http://www.astroawani.com/berita-politik/terima-kasih-rakyat-selangor-tan-sri-khalid-ibrahim-44513). 3. Malangnya, selepas Tan Sri Khalid disingkirkan, fakta membuktikan bahawa hari ini hampir satu bilion ringgit rizab Selangor negeri terkaya di Malaysia telah lesap. (Rujuk: https://selangorkini.my/2019/07/rizab-selangor-catat-rm2-38-bilion-sehingga-30-jun/) 4. Maknanya, Tan Sri Khalid dahulu menambah rizab negeri Selangor sebanyak RM550 juta secara purata setiap tahun bersamaan RM1.5 juta setiap hari dari 2008 ke 2014,. Tetapi, selepas beliau dikhianati dan disingkir, setiap tahun dari 2014 hingga 2019 sebanyak RM200 juta rizab negeri Selangor jatuh secara purata, bersamaan dengan lebih setengah juta lesap setiap hari – lebih tepat lagi, RM547,945.21 sehari. 5. Sejarah tidak dapat didustai betapa ketika Tan Sri Khalid Ibrahim diasak fitnah dahsyat untuk menyingkir beliau, hanya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melalui Presidennya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang tampil menyokong Tan Sri Khalid demi kestabilan politik negeri Selangor dan juga kerana tiada sebarang salah laku yang mewajarkan Tan Sri Khalid dijatuhkan daripada posisi sebagai Menteri Besar (Rujuk: http://www.astroawani.com/berita-politik/abdul-hadi-sokong-abdul-khalid-kekal-mb-selangor-40450). 6. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa: “Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan-alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal. Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau” (Rujuk: http://www.astroawani.com/berita-politik/abdul-hadi-sokong-abdul-khalid-kekal-mb-selangor-40450). 7. Hari ini ternyata segala amaran Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tentang akibat menjatuhkan Tan Sri Khalid yang bersih dari segala anasir rasuah benar-benar terjadi. Ada yang menuduh kononnya pencapaian Tan Sri Khalid melonjakkan rizab Selangor adalah kerana wang kerajaan tidak dibelanjakan: sebaliknya, perbelanjaan kerajaan ketika itu meningkat dari RM1.1 bilion pada 2008 ke RM1.6 bilion pada tahun 2013 sahaja. Cara Tan Sri Khalid mentadbir bukanlah dengan tidak berbelanja, sebaliknya dengan menghapuskan rasuah, meningkatkan kecekapan, serta merangsang pertumbuhan ekonomi dan pelaburan. (Rujuk: http://www2.selangor.gov.my/petaling/resources/user_1/Budget%20Negeri/BELANJAWAN_NEGERI_SELANGOR_2014_19-11-2013.pdf). 8. Tan Sri Khalid Ibrahim bukan calang-calang. Anak Kampung Jalan Raja Abdullah, Kuala Selangor ini memiliki reputasi korporat yang cukup disegani; beliau bukan menyertai politik untuk menjadi kaya. Lihat sahaja senarai panjang pengalaman beliau ini: Ketua Pegawai Eksekutif di Permodalan Nasional Berhad (PNB) (1979-1994), Ketua Pegawai Eksekutif di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003), Penasihat Bank Pembangunan Islam (IDB) Jeddah, Pengerusi Dana Amanah Millenia Berhad, Ahli Lembaga Pengarah Sirim Berhad, Ahli Lembaga Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan, dan juga Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC). (Rujuk: http://www.astroawani.com/berita-politik/azmin-gagal-buang-bayang-abdul-khalid-di-selangor-169430). 9. Akibat susulan penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim ke atas rakyat Selangor mula tidak dapat dielakkan: kini beberapa program kebajikan di bawah Skim Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor yang dimulakan oleh Tan Sri Khalid dahulu seperti Skim Mesra Usia Emas, Tabung Kewangan Anak Selangor (Tawas) dan Hadiah Perkahwinan untuk Belia terpaksa ditamatkan oleh kerajaan negeri hari ini. (Rujuk: https://www.sinarharian.com.my/article/25634/EDISI/Selangor-KL/Abdul-Khalid-kecewa-sumbangan-khairat-kematian-dihentikan & Kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim 27 April 2019). 10. Malah bukan sahaja pemberian air percuma 20 meter padu kepada setiap isirumah – yang dimulakan oleh Tan Sri Khalid – dibatalkan, tarif air pula akan dinaikkan (Rujuk: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tarif-air-selangor-dijangka-naik-xavier-181627). 11. Kenapa tragedi sebegini berlaku? Tidak lain tidak bukan kerana sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu dikatakan tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri dengan cara merampas jawatan Menteri Besar Selangor – disokong pula Pengarah Strategi PKR ketika itu Rafizi Ramli yang galak menyusun ‘Langkah Kajang’ kononnya sebagai ‘game-changer’ dan ‘loncatan terbaik melangkah ke Putrajaya’ (launchpad to Putrajaya). (Rujuk: https://rafiziramli.com/2014/01/serampang-kajang-selangkah-ke-putrajaya/ ). 12. Dalam keadaan tiada angin, tiada ribut, dan rizab kerajaan negeri Selangor berada di kemuncak di bawah teraju Tan Sri Khalid Ibrahim, tiba-tiba kerusi DUN Kajang dikosongkan PKR untuk diadakan pilihan raya kecil – bagi tujuan membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam DUN Selangor untuk merampas jawatan Menteri Besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim. Inilah yang dinamakan ‘Langkah Kajang’. 13. Rafizi Ramli mereka cerita kononnya ‘Langkah Kajang’ adalah bagi menghadapi ‘kemungkinan Dato’ Seri Najib dipecat dan kepimpinan Umno jatuh ke tangan puak ultra yang berkiblatkan Tun Mahathir Mohamad’ yang akan melakukan ‘Permainan jahat melalui serangan bertalu-talu yang berkisar kepada isu agama dan perkauman untuk mengambil alih Selangor’ (https://rafiziramli.com/2014/01/serampang-kajang-selangkah-ke-putrajaya/). Sebaliknya kemudian Rafizi dan Anwar Ibrahim sendirilah yang bekerjasama dengan Tun Mahathir yang digelar ‘puak ultra’ itu. 14. Lebih dahsyat ialah fitnah setebal 91 muka surat Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution ketika itu kononnya salah laku Tan Sri Khalid Ibrahim seperti isu hutang Bank Islam, penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor kepada Eco World dan projek pembinaan rumah mampu milik di Sungai Sering, Ukay Perdana. 15. Allah Maha Adil. Allah Maha Membalas. Selepas disaman dan diheret ke Mahkamah Tinggi oleh Tan Sri Khalid, Datuk Saifuddin selaku Setiausaha agung PKR akhirnya memohon maaf kepada Tan Sri Khalid tanpa syarat terhadap tujuh kenyataan fitnah yang menjadi subjek saman termasuklah isu Bank Islam, isu Eco-World, Kidex dan isu penstrukturan semula air Selangor itu pada Ogos 2015. (Rujuk: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/08/14/saman-fitnah-saifudin-khalid). 16. Namun begitu, Tan Sri Khalid Ibrahim enggan memberi laluan kepada objektif utama Langkah Kajang – untuk mengangkat Anwar Ibrahim (dan seterusnya isteri beliau Dr. Wan Azizah) menjadi Menteri Besar Selangor – dan seterusnya telah dipecat daripada PKR. 17. Akhirnya pada 2018 Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan sebab beliau dipecat daripada jawatan Menteri Besar Selangor dan PKR pada 2014 kerana keengganannya menggunakan wang kerajaan negeri Selangor untuk kepentingan parti. 18. Tan Sri Khalid memaklumkan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu beliau menggunakan wang kerajaan negeri untuk mengadakan program dan kempen PKR: “Saya dipecat daripada PKR kerana Anwar mahu pakai duit kerajaan negeri untuk menjalankan program parti. Saya tidak benarkannya kerana alasan yang mudah, kerana wang kerajaan negeri adalah duit rakyat. Tetapi mereka marah dan mempersoalkan bagaimana PKR akan menang (dalam Pilihan Raya Kecil Kajang) tanpa menggunakan wang dari rizab kerajaan negeri. “Apabila saya enggan berbuat demikian, saya dipecat daripada parti. Tetapi saya lega kerana saya tidak lagi perlu memikul kepercayaan rakyat dan juga tidak mengkhianati kepercayaan mereka kepada saya sepanjang menjadi Menteri Besar. Hari ini, saya masih turun padang dan bertemu rakyat Selangor. Saya tidak ambil duit mereka dan mereka tidak ambil duit saya. Jadi kita berhubung baik”. (Rujuk: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/420707/khalid-ibrahim-dedah-mengapa-dipecat-dari-pkr ). 19. Malang bagi Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli ketika itu Langkah Kajang gagal kerana bukan sahaja Anwar didapati bersalah oleh mahkamah kerana meliwat, sebaliknya isteri beliau Datin Seri Wan Azizah pula dipintas oleh Datuk Seri Azmin Ali untuk mengambilalih jawatan Menteri Besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim (Rujuk: ‘Anwar bersalah liwat Saiful, mahkamah hukum penjara 5 tahun’ http://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-bersalah-liwat-saiful-mahkamah-hukum-penjara-5-tahun-31411). 20. Takdir Allah pasti ada hikmahnya. Akibat lobi Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli ke atas ADUN PKR & DAP Selangor, Tan Sri Khalid mengambil keputusan meletak jawatan Menteri Besar pada 26 Ogos 2014. Langkah Kajang bertambah hangat apabila Anwar Ibrahim (bersama-sama DAP dan dua ADUN PAS yang kini menyertai Parti Amanah) enggan untuk menurut perintah Sultan Selangor agar mengemukakan lebih daripada satu nama sebagai calon Menteri Besar. Istana Selangor melalui Setiausaha Sulit kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah, Datuk Mohamad Munir Bani menegur Anwar Ibrahim “Dia (Anwar) dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat atau menjejaskan imej Baginda”. (Rujuk: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/09/18/istana-tegur-anwar). 21. Penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim daripada posisi Menteri Besar Selangor telah membawa kepada beberapa perkembangan yang kurang enak; bukan sahaja rizab Selangor telah jatuh, tetapi isu air dan tanah terus membelenggu rakyat. 22. Dalam kes tragedi air Selangor sebagai contoh, ia berlaku tidak lain tidak bukan kerana akibat langsung dari tindakan kerajaan negeri selepas Tan Sri Khalid yang tunduk kepada pemegang konsesi SPLASH dengan membayar RM2.7 billion – SEPULUH kali ganda lebih banyak dari nilai yang sepatutnya (Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/08/03/selangor-bought-splash-at-10-times-its-price-claims-khalid-ibrahim/). 23. Sebaliknya, Tan Sri Khalid Ibrahim dahulu hanya menawarkan untuk membeli ekuiti SPLASH dengan harga RM250 juta sahaja. 24. Allah Maha Mengetahui. Di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid, Selangor telah berjaya mengambilalih tiga syarikat konsesi iaitu Syabas, Abbas dan Punchak Niaga. Hanya SPLASH sahaja yang tidak sempat diambialih kerana ia menuntut tawaran pampasan yang lebih tinggi dari tawaran Tan Sri Khalid pada 2014 (Rujuk: https://www.utusan.com.my/berita/politik/azmin-dibidas-beli-splash-rm2-975b-1.403993). 25. Tidak cukup dengan penyelewengan ini, ada pihak cuba memfitnah kononnya Tan Sri Khalid pada tahun 2009 ada membuat tawaran sebanyak RM2.92 billion kepada SPLASH bagi nilai ekuiti syarikat tersebut: hakikatnya, tawaran RM2.92 billion yang Tan Sri Khalid tawarkan kepada SPLASH pada 2009 itu adalah jumlah KESELURUHAN pengambilan syarikat bukan setakat ekuiti sahaja (Rujuk: https://www.utusan.com.my/berita/politik/azmin-dibidas-beli-splash-rm2-975b-1.403993). 26. Begitu juga dengan isu penyerahan semula tanah di Ijok kepada LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd oleh kerajaan Selangor di bawah Datuk Seri Azmin Ali di mana menurut Tan Sri Khalid, tindakan kerajaan negeri menyerahkan kembali tanah di Ijok yang dirampas pada 2009 itu mengundang persepsi mencemarkan reputasi mereka. 27. Tindakan kerajaan Selangor di bawah Datuk Seri Azmin Ali ini mengundang persoalan kerana DUA keputusan mahkamah sebelum itu – iaitu di Mahkamah Tinggi (2013) dan Mahkamah Rayuan (2014) – sebelum itu memihak kepada kerajaan negeri Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim (Rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/412393). 28. Persoalan seterusnya timbul apabila syarikat berkenaan menjual tanah-tanah tersebut dengan harga RM1.18 bilion (Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/04/02/khalid-ibrahim-kecewa-dengan-penjelasan-isu-tanah-ijok/). 29. Secara tidak langsung, kesemua peristiwa yang membabitkan Tan Sri Khalid ini juga berkait secara langsung dengan perkembangan hubungan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Anwar Ibrahim. 30. Malangnya, meski pun segala fitnah terhadap beliau telah dibersihkan, namun tragedi fitnah dan tikam belakang politik PKR di Selangor menyaksikan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak lagi menerajui kerajaan negeri Selangor – malah prestasi Selangor merosot seiring dengan penyingkiran Tan Sri Khalid seperti mana jatuhnya rizab Selangor dari RM3.3 bilion (2014) kepada RM2.3 bilion (2019). Selepas tamatnya riwayat Pakatan Rakyat dan Tahaluf Siyasi PAS-PKR pasca Langkah Kajang, Tuan Guru Presiden PAS berusaha untuk mengetengahkan idea ‘kerajaan teknokrat’ yang secara tidak langsung mengingatkan rakyat kepada model pemerintahan Tan Sri Khalid di Selangor (2008-2014). PAS juga merumuskan ‘Budaya Politik Matang dan Sejahtera’ sebagai iktibar fitnah politik yang menjatuhkan Tan Sri Khalid. 31. Semoga Allah mengembalikan Tan Sri Khalid Ibrahim ke posisi yang selayaknya demi kemajuan negara. Semoga Allah panjangkan usia Tuan Guru Abdul Hadi Awang demi kestabilan politik negara dengan panduan Islam. Oleh: Abdul Muein Abadi Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


SELANGOR HILANG RM1 BILION SELEPAS TAN SRI KHALID DIKHIANATI

Saya sebak. Tiga hari lepas, genap lima tahun Tan Sri Khalid Ibrahim dijatuhkan dari jawatan Menteri Besar Selangor pada 2014: Takdir Allah, jatuhnya Tan Sri Khalid Ibrahim akibat fitnah dan pengkhianatan politik PKR, rizab Selangor hari ini juga jatuh merudum dari sekitar RM3.3 bilion ketika era Tan Sri Khalid kepada hanya RM2.3 bilion.

2. Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Menyaksikan. Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menjadi Menteri Besar Selangor dahulu telah menaikkan rizab Selangor dari hanya RM400 juta pada 2008 melonjak menjadi RM3.3 bilion pada 2014. (Rujuk: http://www.astroawani.com/berita-politik/terima-kasih-rakyat-selangor-tan-sri-khalid-ibrahim-44513).

3. Malangnya, selepas Tan Sri Khalid disingkirkan, fakta membuktikan bahawa hari ini hampir satu bilion ringgit rizab Selangor negeri terkaya di Malaysia telah lesap. (Rujuk: https://selangorkini.my/2019/07/rizab-selangor-catat-rm2-38-bilion-sehingga-30-jun/)

4. Maknanya, Tan Sri Khalid dahulu menambah rizab negeri Selangor sebanyak RM550 juta secara purata setiap tahun bersamaan RM1.5 juta setiap hari dari 2008 ke 2014,. Tetapi, selepas beliau dikhianati dan disingkir, setiap tahun dari 2014 hingga 2019 sebanyak RM200 juta rizab negeri Selangor jatuh secara purata, bersamaan dengan lebih setengah juta lesap setiap hari – lebih tepat lagi, RM547,945.21 sehari.

5. Sejarah tidak dapat didustai betapa ketika Tan Sri Khalid Ibrahim diasak fitnah dahsyat untuk menyingkir beliau, hanya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melalui Presidennya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang tampil menyokong Tan Sri Khalid demi kestabilan politik negeri Selangor dan juga kerana tiada sebarang salah laku yang mewajarkan Tan Sri Khalid dijatuhkan daripada posisi sebagai Menteri Besar (Rujuk: http://www.astroawani.com/berita-politik/abdul-hadi-sokong-abdul-khalid-kekal-mb-selangor-40450).

6. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa: “Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan-alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal. Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau” (Rujuk: http://www.astroawani.com/berita-politik/abdul-hadi-sokong-abdul-khalid-kekal-mb-selangor-40450).

7. Hari ini ternyata segala amaran Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tentang akibat menjatuhkan Tan Sri Khalid yang bersih dari segala anasir rasuah benar-benar terjadi. Ada yang menuduh kononnya pencapaian Tan Sri Khalid melonjakkan rizab Selangor adalah kerana wang kerajaan tidak dibelanjakan: sebaliknya, perbelanjaan kerajaan ketika itu meningkat dari RM1.1 bilion pada 2008 ke RM1.6 bilion pada tahun 2013 sahaja. Cara Tan Sri Khalid mentadbir bukanlah dengan tidak berbelanja, sebaliknya dengan menghapuskan rasuah, meningkatkan kecekapan, serta merangsang pertumbuhan ekonomi dan pelaburan. (Rujuk: http://www2.selangor.gov.my/petaling/resources/user_1/Budget%20Negeri/BELANJAWAN_NEGERI_SELANGOR_2014_19-11-2013.pdf).

8. Tan Sri Khalid Ibrahim bukan calang-calang. Anak Kampung Jalan Raja Abdullah, Kuala Selangor ini memiliki reputasi korporat yang cukup disegani; beliau bukan menyertai politik untuk menjadi kaya. Lihat sahaja senarai panjang pengalaman beliau ini: Ketua Pegawai Eksekutif di Permodalan Nasional Berhad (PNB) (1979-1994), Ketua Pegawai Eksekutif di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003), Penasihat Bank Pembangunan Islam (IDB) Jeddah, Pengerusi Dana Amanah Millenia Berhad, Ahli Lembaga Pengarah Sirim Berhad, Ahli Lembaga Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan, dan juga Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC). (Rujuk: http://www.astroawani.com/berita-politik/azmin-gagal-buang-bayang-abdul-khalid-di-selangor-169430).

9. Akibat susulan penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim ke atas rakyat Selangor mula tidak dapat dielakkan: kini beberapa program kebajikan di bawah Skim Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor yang dimulakan oleh Tan Sri Khalid dahulu seperti Skim Mesra Usia Emas, Tabung Kewangan Anak Selangor (Tawas) dan Hadiah Perkahwinan untuk Belia terpaksa ditamatkan oleh kerajaan negeri hari ini. (Rujuk: https://www.sinarharian.com.my/article/25634/EDISI/Selangor-KL/Abdul-Khalid-kecewa-sumbangan-khairat-kematian-dihentikan & Kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim 27 April 2019).

10. Malah bukan sahaja pemberian air percuma 20 meter padu kepada setiap isirumah – yang dimulakan oleh Tan Sri Khalid – dibatalkan, tarif air pula akan dinaikkan (Rujuk: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tarif-air-selangor-dijangka-naik-xavier-181627).

11. Kenapa tragedi sebegini berlaku? Tidak lain tidak bukan kerana sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu dikatakan tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri dengan cara merampas jawatan Menteri Besar Selangor – disokong pula Pengarah Strategi PKR ketika itu Rafizi Ramli yang galak menyusun ‘Langkah Kajang’ kononnya sebagai ‘game-changer’ dan ‘loncatan terbaik melangkah ke Putrajaya’ (launchpad to Putrajaya). (Rujuk: https://rafiziramli.com/2014/01/serampang-kajang-selangkah-ke-putrajaya/ ).

12. Dalam keadaan tiada angin, tiada ribut, dan rizab kerajaan negeri Selangor berada di kemuncak di bawah teraju Tan Sri Khalid Ibrahim, tiba-tiba kerusi DUN Kajang dikosongkan PKR untuk diadakan pilihan raya kecil – bagi tujuan membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam DUN Selangor untuk merampas jawatan Menteri Besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim. Inilah yang dinamakan ‘Langkah Kajang’.

13. Rafizi Ramli mereka cerita kononnya ‘Langkah Kajang’ adalah bagi menghadapi ‘kemungkinan Dato’ Seri Najib dipecat dan kepimpinan Umno jatuh ke tangan puak ultra yang berkiblatkan Tun Mahathir Mohamad’ yang akan melakukan ‘Permainan jahat melalui serangan bertalu-talu yang berkisar kepada isu agama dan perkauman untuk mengambil alih Selangor’ (https://rafiziramli.com/2014/01/serampang-kajang-selangkah-ke-putrajaya/). Sebaliknya kemudian Rafizi dan Anwar Ibrahim sendirilah yang bekerjasama dengan Tun Mahathir yang digelar ‘puak ultra’ itu.

14. Lebih dahsyat ialah fitnah setebal 91 muka surat Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution ketika itu kononnya salah laku Tan Sri Khalid Ibrahim seperti isu hutang Bank Islam, penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor kepada Eco World dan projek pembinaan rumah mampu milik di Sungai Sering, Ukay Perdana.

15. Allah Maha Adil. Allah Maha Membalas. Selepas disaman dan diheret ke Mahkamah Tinggi oleh Tan Sri Khalid, Datuk Saifuddin selaku Setiausaha agung PKR akhirnya memohon maaf kepada Tan Sri Khalid tanpa syarat terhadap tujuh kenyataan fitnah yang menjadi subjek saman termasuklah isu Bank Islam, isu Eco-World, Kidex dan isu penstrukturan semula air Selangor itu pada Ogos 2015. (Rujuk: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/08/14/saman-fitnah-saifudin-khalid).

16. Namun begitu, Tan Sri Khalid Ibrahim enggan memberi laluan kepada objektif utama Langkah Kajang – untuk mengangkat Anwar Ibrahim (dan seterusnya isteri beliau Dr. Wan Azizah) menjadi Menteri Besar Selangor – dan seterusnya telah dipecat daripada PKR.

17. Akhirnya pada 2018 Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan sebab beliau dipecat daripada jawatan Menteri Besar Selangor dan PKR pada 2014 kerana keengganannya menggunakan wang kerajaan negeri Selangor untuk kepentingan parti.

18. Tan Sri Khalid memaklumkan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu beliau menggunakan wang kerajaan negeri untuk mengadakan program dan kempen PKR:

“Saya dipecat daripada PKR kerana Anwar mahu pakai duit kerajaan negeri untuk menjalankan program parti. Saya tidak benarkannya kerana alasan yang mudah, kerana wang kerajaan negeri adalah duit rakyat. Tetapi mereka marah dan mempersoalkan bagaimana PKR akan menang (dalam Pilihan Raya Kecil Kajang) tanpa menggunakan wang dari rizab kerajaan negeri.

“Apabila saya enggan berbuat demikian, saya dipecat daripada parti. Tetapi saya lega kerana saya tidak lagi perlu memikul kepercayaan rakyat dan juga tidak mengkhianati kepercayaan mereka kepada saya sepanjang menjadi Menteri Besar. Hari ini, saya masih turun padang dan bertemu rakyat Selangor. Saya tidak ambil duit mereka dan mereka tidak ambil duit saya. Jadi kita berhubung baik”. (Rujuk: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/420707/khalid-ibrahim-dedah-mengapa-dipecat-dari-pkr ).

19. Malang bagi Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli ketika itu Langkah Kajang gagal kerana bukan sahaja Anwar didapati bersalah oleh mahkamah kerana meliwat, sebaliknya isteri beliau Datin Seri Wan Azizah pula dipintas oleh Datuk Seri Azmin Ali untuk mengambilalih jawatan Menteri Besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim (Rujuk: ‘Anwar bersalah liwat Saiful, mahkamah hukum penjara 5 tahun’ http://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-bersalah-liwat-saiful-mahkamah-hukum-penjara-5-tahun-31411).

20. Takdir Allah pasti ada hikmahnya. Akibat lobi Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli ke atas ADUN PKR & DAP Selangor, Tan Sri Khalid mengambil keputusan meletak jawatan Menteri Besar pada 26 Ogos 2014. Langkah Kajang bertambah hangat apabila Anwar Ibrahim (bersama-sama DAP dan dua ADUN PAS yang kini menyertai Parti Amanah) enggan untuk menurut perintah Sultan Selangor agar mengemukakan lebih daripada satu nama sebagai calon Menteri Besar. Istana Selangor melalui Setiausaha Sulit kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah, Datuk Mohamad Munir Bani menegur Anwar Ibrahim “Dia (Anwar) dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat atau menjejaskan imej Baginda”. (Rujuk: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/09/18/istana-tegur-anwar).

21. Penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim daripada posisi Menteri Besar Selangor telah membawa kepada beberapa perkembangan yang kurang enak; bukan sahaja rizab Selangor telah jatuh, tetapi isu air dan tanah terus membelenggu rakyat.

22. Dalam kes tragedi air Selangor sebagai contoh, ia berlaku tidak lain tidak bukan kerana akibat langsung dari tindakan kerajaan negeri selepas Tan Sri Khalid yang tunduk kepada pemegang konsesi SPLASH dengan membayar RM2.7 billion – SEPULUH kali ganda lebih banyak dari nilai yang sepatutnya (Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/08/03/selangor-bought-splash-at-10-times-its-price-claims-khalid-ibrahim/).

23. Sebaliknya, Tan Sri Khalid Ibrahim dahulu hanya menawarkan untuk membeli ekuiti SPLASH dengan harga RM250 juta sahaja.

24. Allah Maha Mengetahui. Di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid, Selangor telah berjaya mengambilalih tiga syarikat konsesi iaitu Syabas, Abbas dan Punchak Niaga. Hanya SPLASH sahaja yang tidak sempat diambialih kerana ia menuntut tawaran pampasan yang lebih tinggi dari tawaran Tan Sri Khalid pada 2014 (Rujuk: https://www.utusan.com.my/berita/politik/azmin-dibidas-beli-splash-rm2-975b-1.403993).

25. Tidak cukup dengan penyelewengan ini, ada pihak cuba memfitnah kononnya Tan Sri Khalid pada tahun 2009 ada membuat tawaran sebanyak RM2.92 billion kepada SPLASH bagi nilai ekuiti syarikat tersebut: hakikatnya, tawaran RM2.92 billion yang Tan Sri Khalid tawarkan kepada SPLASH pada 2009 itu adalah jumlah KESELURUHAN pengambilan syarikat bukan setakat ekuiti sahaja (Rujuk: https://www.utusan.com.my/berita/politik/azmin-dibidas-beli-splash-rm2-975b-1.403993).

26. Begitu juga dengan isu penyerahan semula tanah di Ijok kepada LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd oleh kerajaan Selangor di bawah Datuk Seri Azmin Ali di mana menurut Tan Sri Khalid, tindakan kerajaan negeri menyerahkan kembali tanah di Ijok yang dirampas pada 2009 itu mengundang persepsi mencemarkan reputasi mereka.

27. Tindakan kerajaan Selangor di bawah Datuk Seri Azmin Ali ini mengundang persoalan kerana DUA keputusan mahkamah sebelum itu – iaitu di Mahkamah Tinggi (2013) dan Mahkamah Rayuan (2014) – sebelum itu memihak kepada kerajaan negeri Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim (Rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/412393).

28. Persoalan seterusnya timbul apabila syarikat berkenaan menjual tanah-tanah tersebut dengan harga RM1.18 bilion (Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/04/02/khalid-ibrahim-kecewa-dengan-penjelasan-isu-tanah-ijok/).

29. Secara tidak langsung, kesemua peristiwa yang membabitkan Tan Sri Khalid ini juga berkait secara langsung dengan perkembangan hubungan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Anwar Ibrahim.

30. Malangnya, meski pun segala fitnah terhadap beliau telah dibersihkan, namun tragedi fitnah dan tikam belakang politik PKR di Selangor menyaksikan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak lagi menerajui kerajaan negeri Selangor – malah prestasi Selangor merosot seiring dengan penyingkiran Tan Sri Khalid seperti mana jatuhnya rizab Selangor dari RM3.3 bilion (2014) kepada RM2.3 bilion (2019). Selepas tamatnya riwayat Pakatan Rakyat dan Tahaluf Siyasi PAS-PKR pasca Langkah Kajang, Tuan Guru Presiden PAS berusaha untuk mengetengahkan idea ‘kerajaan teknokrat’ yang secara tidak langsung mengingatkan rakyat kepada model pemerintahan Tan Sri Khalid di Selangor (2008-2014). PAS juga merumuskan ‘Budaya Politik Matang dan Sejahtera’ sebagai iktibar fitnah politik yang menjatuhkan Tan Sri Khalid.

31. Semoga Allah mengembalikan Tan Sri Khalid Ibrahim ke posisi yang selayaknya demi kemajuan negara.

Semoga Allah panjangkan usia Tuan Guru Abdul Hadi Awang demi kestabilan politik negara dengan panduan Islam.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

REPOST !!! Senarai Kesesatan Sisters in Islam ========= 1. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman oleh Sisters in Islam bagi mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng. Hakim, Datuk Nordin Hassan memutuskan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor bahawa SIS Forum Berhad terpesong dari ajaran Islam adalah sah dan tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang. Lihat: https://www.indahnyaislam.my/2019/08/fatwa-selangor-isytihar-sis-sesat-dan-menyeleweng-kekal/ 2. Keputusan ini menunjukkan mereka kekal sebagai pertubuhan yang menyebarkan pemikiran liberal yang sesat dan menyeleweng. Sekiranya Tuan-Puan lupa tentang penyelewengan pemikiran yang dibawa oleh mereka, kami senaraikan beberapa isu yang pernah menjadi persoalan berhubung pendirian mereka. Antaranya: (a) Sisters in Islam menyokong perhimpunan LGBT (14 Mac 2019) Baca: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/541058/himpunan-lgbt-3-dipanggil-beri-keterangan-isnin (b) Sisters menggesa amalan bersunat diharamkan (26 Januari 2019) Baca: https://www.ismaweb.net/2019/01/26/sisters-in-islam-gesa-amalan-bersunat-diharamkan/ (c) Sisters menyatakan al-Quran tidak pernah mewajibkan pemakaian tudung dan ia hanya pilihan peribadi seseorang. (22 June 2015) Baca: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2015/06/22/quran-doesnt-specify-womens-hair-as-aurat-muslim-ngo-insists-as-conservativ/919835 (d) Sisters menolak hukum Hudud (14 Oct 2015) Tonton: https://www.youtube.com/watch?v=C07uS-0gyu8 Baca: Sisters in Islam tegas bantah hudud, dakwa tidak adil kepada wanita (5 Oct 2011) http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.915.121 (e) Sisters memperlekehkan Fatwa (4 Ogos 2018) Baca: https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/sharing-the-nation/2013/08/04/the-essence-of-fatwa (f) Sisters mempertahankan peserta Ratu cantik dan menyifatkan Fatwa sebagai tidak demokratik (23 July 2013) Baca: http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.1188.10 3. Ini hanyalah sebahagian contoh kecelaruan pemikiran liberal yang disebarkan oleh Sisters in Islam. Mudah-mudahan mereka ini datang berdialog dan belajar dari para Mufti dan ilmuan Islam yang dapat membimbing mereka dari kesesatan pemikiran liberal yang telah jauh menyeleweng. Semoga Allah membimbing kita semua. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi


Kumpulan Kristian Malaysia Berang Agenda Kristianisasi Dibongkar Persidangan Gereja – gereja Malaysia telah mengecam pembongkaran agenda Kristianisasi yang dibentangkan dalam Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional, semalam. Dalam konvensyen koalisi NGO – NGO Melayu Islam tersebut, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, Aminuddin Yahaya telah menggariskan beberapa ancaman yang mencengkam nasib ummah, termasuklah liberalisme dan Kristianisasi. “Jika sebelum ini kita tidak pernah mendengar orang Kristian Evangelis berdakyah ajaran mereka kepada umat Islam, sekarang ia telah dilakukan secara terang – terangan” Tuan Aminuddin Yahya kemudian membongkar bahawa desakan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian masih berterusan, mereka mendesak menghapuskan perkataan Islam dalam kad pengenalan, dan merealisasikan agenda Joshua Project untuk meletakkan seramai mungkin pemimpin negara yang beragama Kristian evangelis. Pembongkaran ini kemudian dikecam oleh persatuan gereja kerana dilabel ‘meniup api kebencian kepada komuniti keagamaan minoriti’ dan mereka turut mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan. Membalas tuduhan pihak gereja ini, Aminuddin Yahaya kemudian menyenaraikan satu persatu rujukan dan fakta agenda Kristianisasi yang telah didokumenkan : 1. Hari ini Majlis Gereja Malaysia (CCM) telah mengecam dan mempertikaikan kenyataan saya dalam ucapan alu-aluan saya sewaktu Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional baru-baru ini. Pautan berita: Churches want action after Malay-Muslim coalition accuses Christians of infiltrating Putrajaya | Malay Mail https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/08/27/churches-want-action-after-malay-muslim-coalition-accuses-christians-of-inf/1784479#.XWV55Hf7o6M.whatsapp 2. Saya hanya menyatakan fakta dan realiti yang berlaku di akar umbi masyarakat di Malaysia. 3. Saya bercakap merujuk kepada laporan ‘Pendedahan Agenda Kristian’ terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 2014 setebal 129 muka surat. Muat turun laporan MAIS: http://www.mais.gov.my/…/34-buku-pendedahan-agenda-kri…/file 4. Bukan itu sahaja, banyak lagi bukti kristianisasi yang kita boleh dapati dengan mudah di internet terutamanya dari laman-laman web kristian evengelis antarabangsa yang mempunyai ‘special interest’ dan ‘special project’ di Malaysia. Rancangan The Joshua Project di Malaysia: joshuaproject.net/countries/MY Muat turun: https://joshuaproject.net/…/ROG3/MY/PeopNameInCo…/Population 5. Selain itu, penulis antarabangsa Iain Buchanan ada menulis secara spesifik di dalam bukunya ‘Sang Nila Utama and The Lion of Judah’ mengenai Dominionisme dan Zionisme Kristian di Malaysia. Muat turun e-buku: https://akarimomar.files.wordpress.com/…/sang-nila-utama-an… 6. Harap ini membuka mata semua pihak dan menyedari bahawa semua ini sedang berlaku di Malaysia. Beliau juga mengatakan kesediaan untuk berjumpa di mahkamah bagi menghadapi kecaman pihak gereja lantaran pembongkaran tersebut. “CCM menghentam saya atas ucapan saya bahawa projek kritianisasi adalah ancaman pd umat islam. Saya tak menghina penganut2 kristian tapi saya mengfokus kepada evangelis. Ini berdasarkan pada laporan Majlis Agama Islam Selangor bukan penilaian peribadi saya. MAIS buat laporan hasil kajian mereka bukan hanya cakap2 kosong. Jadi kalau nak challenge, challenge lah MAIS. Rujuk juga buku karangan Ian Buchanan bertajuk Sang Nila Utama dan The Lion Of Judah. Kalau nak saman saya pun, saya takde masalah. Boleh jumpa di court”


Sinar baru hidup anda sekeluarga bebas kewangan bisnes mudah gaji harian hanya klik website syarikat dirumah lumayan gaji rm5k seminggu


PERKONGSIAN ILMU.

Dari Abu Malik Al-Asha’ri rah meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya didalam syurga terdapat sebuah bilik yang mana tembus pandangan, dari dalam boleh dilihat apa yang ada diluar dan dari luar dapat dilihat apa yang ada didalam.

Allah SWT menyediakannya khas untuk mereka yang memberi makan kepada fakir miskin, menghamburkan salam, dan bersembahyang malam dimana manusia sedang nyenyak tidur.”
(H.R Tabrani)

Dari Abdullah rah meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda,,
“Kelebihan sembahyang malam dengan sembahyang yang dikerjakan disiang hari, adalah seperti keutamaan sedekah secara sembunyi dengan sedekah terang-terangan.”
(H.R Tabrani dan Majma uz Zawaaid)

Wassalam.
#100 pengambilan agen baru sambilan dirumah jualan online sambilan dirumah kopi power Suami Perkasa Isteri Mantap kopi malam jumaat kopi kurma plus daftar percuma di http://bit.ly/tambahduitharian

Bonus Merdeka 2019-2020 terima bonus tunai rm5k sebulan dalam akaun bank anda


●─✸✸☘🌸☘✸✸─●
*السلام علیکم ورحمة اللہ برکاتہ*
┏💗🌸❤🍃💙🎁💙🌹━━━━━━🌹🕊📿🌹
*بسم اللہ الرحمن الرحیم*

*💦MUHASABAH DIRI*💦

━━━━━━━⊰✿🌹✿⊱•━━━━━━━

✍🍃🌷“` dikurniakan dua mata. Satu mata untuk melihat kehebatan yg ada pada orang lain, kebajikan yg ada pada orang lain. Satu mata lagi untuk melihat aib di dalam diri mereka, kejahilan di dalam diri mereka

🍃🌷Jika melihat pada diri manusia itu ada 99 kejahatan dan terdapat 1 kebaikan pd dirinya, maka lupakan 99 kejahatan dan lihat kepada 1 kebaikannya. Maka kita akan bersangka baik kepada manusia lain

🍃🌷Seorang yg sibuk melihat keaiban dirinya, maka dia tidak akan ada masa untuk melihat keaiban yg ada pada orang lain. Seorang yg sibuk melihat keaiban ke atas orang lain, maka dia sebenarnya lupa untuk melihat keaiban yg ada pada dirinya.”“`

*[ Ustadz Iqbal Zain Al-Jauhari ]*

━━━━━━━⊰✿🌹✿⊱•━━━━━━━
*🍃🌻 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد…🌻🍃*
┗━━━━━━━━💙💦💧🎁
*🌹~🇮🇩IDN9 ~🌹*
●─✸✸🌹💦🌹✸✸─●

#100 pengambilan agen baru sambilan dirumah jualan online sambilan dirumah kopi power Suami Perkasa Isteri Mantap kopi malam jumaat kopi kurma plus daftar percuma di http://bit.ly/tambahduitharian

*#Bekam Merdeka 2019. Jom Merdeka kesihatan anda sekeluarga bebas dari penyakit kronik & rancang sihat 10 tahun mendatang. Inshallah. Aamiin😘😘😘* *90% LELAKI DAN WANITA SELALU ADA MASALAH SAKIT KEPALA, MIGRAIN DAN STRESS AKIBAT GAYA HIDUP MODEN..* *PEROKOK TEGAR & YANG MALAS BERSUKAN* -TUBUH ANDA BANYAK TOKSIN JAHAT* ================================= *👉Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin serta darah kotor terkumpul dalam badannya* ✔️LAKUKAN PENCEGAHAN AWAL *Suatu penyelidikan yang dilakukan oleh beberapa pakar kesihatan Jepun mendapati, berat kotoran yang tersumbat dalam tubuh manusia atau lebih dikenali sebagai toksin adalah lingkungan 2kg hingga 4kg.* Bayangkan jika tubuh anda dihuni oleh toksin berbahaya sebanyak itu. Pasti memberi impak besar kepada kesihatan tubuh. Hal ini dapat dibuktikan lagi melalui hasil kajian klinikal, 90% daripada punca penyakit berbahaya adalah berpunca daripada kolon atau usus besar Toksin adalah bahan kimia atau racun yang boleh merosakkan organ dan sel tubuh. Jika tidak dikeluarkan toksin maka akan terjadilah penyakit-penyakit kritikal. *Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa bekam dapat menyingkirkan sel-sel darah mati, rosak, cacat dan menyingkirkan toksin(racun) serta angin yang berlebihan dari tubuh badan*. Dikatakan 93 jenis penyakit dapat dirawat melalui kaedah bekam Bekam juga bertindak mencegah serta merawat penyakit kritikal. Detoksifikasi terbaik tanpa kesan sampingan. *Dari Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda: *”Sesungguhnya cara pengobatan yang paling ideal/baik yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam).”* *”Anda Boleh Menyediakan Diri Anda Untuk Menjadi Sakit, Atau Anda Memilih Untuk Kekal Baik”* ———————————————- Ikuti Kami : Facebook : bekamVip Website : http://bit.ly/bekamAzzahra *Hotline : 017 237 8001 WHATSAPP* Like dan share pada semua yang mungkin memerlukan #100 pengambilan agen baru sambilan dirumah jualan online sambilan dirumah kopi power Suami Perkasa Isteri Mantap kopi malam jumaat kopi kurma plus daftar percuma di http://bit.ly/tambahduitharian


*#Bekam Merdeka 2019. Jom Merdeka kesihatan anda sekeluarga bebas dari penyakit kronik & rancang sihat 10 tahun mendatang. Inshallah. Aamiin😘😘😘*

*90% LELAKI DAN WANITA SELALU ADA MASALAH SAKIT KEPALA, MIGRAIN DAN STRESS AKIBAT GAYA HIDUP MODEN..*

*PEROKOK TEGAR & YANG MALAS BERSUKAN*
-TUBUH ANDA BANYAK TOKSIN JAHAT*
=================================

*👉Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin serta darah kotor terkumpul dalam badannya*

✔️LAKUKAN PENCEGAHAN AWAL

*Suatu penyelidikan yang dilakukan oleh beberapa pakar kesihatan Jepun mendapati, berat kotoran yang tersumbat dalam tubuh manusia atau lebih dikenali sebagai toksin adalah lingkungan 2kg hingga 4kg.*

Bayangkan jika tubuh anda dihuni oleh toksin berbahaya sebanyak itu. Pasti memberi impak besar kepada kesihatan tubuh. Hal ini dapat dibuktikan lagi melalui hasil kajian klinikal, 90% daripada punca penyakit berbahaya adalah berpunca daripada kolon atau usus besar

Toksin adalah bahan kimia atau racun yang boleh merosakkan organ dan sel tubuh. Jika tidak dikeluarkan toksin maka akan terjadilah penyakit-penyakit kritikal.

*Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa bekam dapat menyingkirkan sel-sel darah mati, rosak, cacat dan menyingkirkan toksin(racun) serta angin yang berlebihan dari tubuh badan*. Dikatakan 93 jenis penyakit dapat dirawat melalui kaedah bekam

Bekam juga bertindak mencegah serta merawat penyakit kritikal. Detoksifikasi terbaik tanpa kesan sampingan.

*Dari Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda:

*”Sesungguhnya cara pengobatan yang paling ideal/baik yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam).”*

*”Anda Boleh Menyediakan Diri Anda Untuk Menjadi Sakit, Atau Anda Memilih Untuk Kekal Baik”*
———————————————-
Ikuti Kami :
Facebook : bekamVip
Website : http://bit.ly/bekamAzzahra
*Hotline : 017 237 8001 WHATSAPP*

Like dan share pada semua yang mungkin memerlukan

#100 pengambilan agen baru sambilan dirumah jualan online sambilan dirumah kopi power Suami Perkasa Isteri Mantap kopi malam jumaat kopi kurma plus daftar percuma di http://bit.ly/tambahduitharian

Jom kaya bebaskan diri dari masalah kewangan jana rm5k sambilan Dirumah


💫 *EMBUN PAGI* ⚡

Mata mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan hati.

Jika hati kita lembut maka kita mudah terusik dan mata mudah menangis. sebaliknya jika hati kita keras maka amat sukar untuk mata menangis.

Hati kita akan benar-benar kuat dan tenang menghadapi segalanya. Apabila di dalam hati selalu kita beri celah untuk berprasangka baik kepada Allah.

Selamat pagi dan semangat selalu dalam beraktivitas pada hari Selasa. Semoga kita semua dalam keadaan sehat, bahagia dan bersyukur selalu. Aamiin Yaa Rabbal ‘Alaamiin. 🙏🙏😊

#100 pengambilan agen baru sambilan dirumah jualan online sambilan dirumah kopi power Suami Perkasa Isteri Mantap kopi malam jumaat kopi kurma plus daftar percuma di http://bit.ly/tambahduitharian