SPRM: Kuasa siasat harta tidak sepadan pendapatan DEC 30, 2013 HARAKAHDAILY PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalu-alukan pandangan yang mahu SPRM menyiasat kes pemilikan harta kekayaan yang berlebihan dan yang tidak sepadan dengan pendapatan yang diperoleh oleh seseorang individu. SPRM pernah mengetengahkan keperluan untuk mengadakan peruntukan ini. Malah, perkara yang sama telah disyorkan oleh badan panel yang memantau perjalanan SPRM iaitu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) dan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), yang dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional, DAP, PKR dan PAS. SPRM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini menyatakan laporan terbaru JKMR yang dikeluarkan awal bulan ini, antara lain menyebut, Seksyen 36 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 perlu dipinda bagi membolehkan seseorang individu mengisytiharkan kewangan atau harta benda tanpa ada siasatan awal dibuat terlebih dahulu. Selain itu, tambah kenyataan itu JKMR juga menyebut bahawa “JKMR dan juga masyarakat melihat isu ini sebagai satu kekangan kepada kerajaan dan SPRM untuk membanteras rasuah dengan berkesan kerana didapati terdapat sesetengah anggota pentadbiran ataupun penjawat awam mempunyai harta kekayaan yang berlebihan dan tidak sepadan dengan pendapatan yang diperoleh”. Menurut kenyataan itu lagi, pada hakikatnya, walaupun siasatan pemilikan harta tidak sepadan dengan pendapatan bukan fungsi SPRM sepenuhnya, SPRM mengalu-alukan jika perkara ini dimasukkan dalam senarai pindaan Akta SPRM 2009 yang bakal dibawa ke Parlimen pada tahun depan.


DEC 30, 2013
 HARAKAHDAILY

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalu-alukan pandangan yang mahu SPRM menyiasat kes pemilikan harta kekayaan yang berlebihan dan yang tidak sepadan dengan pendapatan yang diperoleh oleh seseorang individu.

SPRM pernah mengetengahkan keperluan untuk mengadakan peruntukan ini. Malah, perkara yang sama telah disyorkan oleh badan panel yang memantau perjalanan SPRM iaitu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) dan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), yang dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional, DAP, PKR dan PAS.

SPRM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini menyatakan laporan terbaru JKMR yang dikeluarkan awal bulan ini, antara lain menyebut, Seksyen 36 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 perlu dipinda bagi membolehkan seseorang individu mengisytiharkan kewangan atau harta benda tanpa ada siasatan awal dibuat terlebih dahulu.

Selain itu, tambah kenyataan itu JKMR juga menyebut bahawa “JKMR dan juga masyarakat melihat isu ini sebagai satu kekangan kepada kerajaan dan SPRM untuk membanteras rasuah dengan berkesan kerana didapati terdapat sesetengah anggota pentadbiran ataupun penjawat awam mempunyai harta kekayaan yang berlebihan dan tidak sepadan dengan pendapatan yang diperoleh”.

Menurut kenyataan itu lagi, pada hakikatnya, walaupun siasatan pemilikan harta tidak sepadan dengan pendapatan bukan fungsi SPRM sepenuhnya, SPRM mengalu-alukan jika perkara ini dimasukkan dalam senarai pindaan Akta SPRM 2009 yang bakal dibawa ke Parlimen pada tahun depan.

 

Kehilangan Jeneral al-Sisi terus jadi misteri DEC 29, 2013 HARAKAHDAILY KAHERAH: Rakyat Mesir kini tetanya-tanya ke manakah hilangnya Panglima Tentera Mesir, Jeneral Abdul Fattah al-Sisi yang sudah tidak kelihatan di khalayak ramai sejak 17 Oktober lepas. Al-Sisi yang melakukan rampasan kuasa menggulingkan Presiden Mohammed Morsi, 3 Julai lepas, sebelum ini sering membuat kenyataan secara langsung di televisyen Mesir. Namun selepas pembunuhan ribuan rakyat tidak berdosa di Dataran Rabaah dekat sini, khabarnya al-Sisi sudah tidak kelihatan lagi secara ‘live’ dalam laporan media elektronik Mesir. Televisyen Mesir masih menyiarkan footage video mengenai al-Sisi, namun umum mengetahui bahawa gambar statik dan video tersebut adalah rakaman lama yang sudah tersiar sebelum ini. Sehingga kini tidak ada pengesahan yang sahih sama ada Jeneral al-Sisi menghilangkan diri atau beliau sudah mati. Namun laporan rangkaian berita Sky News semalam (28 Disember 2013) agak mengejutkan rakyat Mesir. Laporan Sky News memetik kenyataan Pakar Tentera Britain kepada mereka, bahawa mayat al-Sisi ditempatkan di Kem Tentera di Iskandariah. Pakar tentera tersebut mendakwa Tentera Mesir menunggu masa yang sesuai untuk meletupkan bangunan dalam kawasan tentera, supaya boleh dizahirkan al-Sisi sebagai mangsa letupan. Isu ini menjadi bualan rakyat Mesir, kerana mereka melihat sendiri tiada langsung kelibat al-Sisi selama dua bulan. “Tiada kepastian drp sumber kerajaan, cuma suratkhabar pembangkang dan cakap-cakap belakang sahaja yang mengatakan al-Sisi sudah mati. “Apa yang pasti dah lama beliau tidak keluar televisyen untuk buat ucapan. Televisyen menyiarkan aktiviti al-Sisi, tapi semua gambar lama,” kata seorang penganalisis politik Mesir. Bagaimanapun seorang wartawan terkenal Mesir bercakap kepada akhbar Aljazeera menyatakan keyakinan beliau bahawa Jeneral al-Sisi sudah mati cuma berita tersebut disembunyikan. Wartawan tersebut juga mendakwa puak kudeta (perampas kuasa) menunggu untuk meletupkan bangunan Kementerian Pertahanan dan mengisytiharkan al-Sisi meninggal. Lebih buruk lagi kata beliau, Ikhwan Muslimin yang dituduh sebagai pengganas akan dipersalahkan kerana didakwa melakukan pengeboman tersebut. Lanjutan mengenai dakwaan kematian atau pembunuhan Jeneral al-Sisi dan pembantu kanannya Sidqi Subhi boleh dicapai menerusi pautan video berikut: بالفيديو.. “الشرقاوى”: مقتل السيسى وصدقى صبحى هو من يدير البلد – جريدة الشعب الجديد – http://elshaab.org/thread.php?ID=89745


DEC 29, 2013
 HARAKAHDAILY

KAHERAH: Rakyat Mesir kini tetanya-tanya ke manakah hilangnya Panglima Tentera Mesir, Jeneral Abdul Fattah al-Sisi yang sudah tidak kelihatan di khalayak ramai sejak 17 Oktober lepas.

Al-Sisi yang melakukan rampasan kuasa menggulingkan Presiden Mohammed Morsi, 3 Julai lepas, sebelum ini sering membuat kenyataan secara langsung di televisyen Mesir.

Namun selepas pembunuhan ribuan rakyat tidak berdosa di Dataran Rabaah dekat sini, khabarnya al-Sisi sudah tidak kelihatan lagi secara ‘live’ dalam laporan media elektronik Mesir.

Televisyen Mesir masih menyiarkan footage video mengenai al-Sisi, namun umum mengetahui bahawa gambar statik dan video tersebut adalah rakaman lama yang sudah tersiar sebelum ini.

Sehingga kini tidak ada pengesahan yang sahih sama ada Jeneral al-Sisi menghilangkan diri atau beliau sudah mati.

Namun laporan rangkaian berita Sky News semalam (28 Disember 2013) agak mengejutkan rakyat Mesir.

Laporan Sky News memetik kenyataan Pakar Tentera Britain kepada mereka, bahawa mayat al-Sisi ditempatkan di Kem Tentera di Iskandariah.

Pakar tentera tersebut mendakwa Tentera Mesir menunggu masa yang sesuai untuk meletupkan bangunan dalam kawasan  tentera, supaya boleh dizahirkan al-Sisi sebagai mangsa letupan.

Isu ini menjadi bualan rakyat Mesir, kerana mereka melihat sendiri tiada langsung kelibat al-Sisi selama dua bulan.

“Tiada kepastian drp sumber kerajaan, cuma suratkhabar pembangkang dan cakap-cakap belakang sahaja yang mengatakan al-Sisi sudah mati.

“Apa yang pasti dah lama beliau tidak keluar televisyen untuk buat ucapan. Televisyen menyiarkan aktiviti al-Sisi, tapi semua gambar lama,” kata seorang penganalisis politik Mesir.

Bagaimanapun seorang wartawan terkenal Mesir bercakap kepada akhbar Aljazeera menyatakan keyakinan beliau bahawa Jeneral al-Sisi sudah mati cuma berita tersebut disembunyikan.

Wartawan tersebut juga mendakwa puak kudeta (perampas kuasa) menunggu untuk meletupkan bangunan Kementerian Pertahanan dan mengisytiharkan al-Sisi meninggal.

Lebih buruk lagi kata beliau, Ikhwan Muslimin yang dituduh sebagai pengganas akan dipersalahkan kerana didakwa melakukan pengeboman tersebut.

Lanjutan mengenai dakwaan kematian atau pembunuhan Jeneral al-Sisi dan pembantu kanannya Sidqi Subhi boleh dicapai menerusi pautan video berikut:

بالفيديو.. “الشرقاوى”: مقتل السيسى وصدقى صبحى هو من يدير البلد – جريدة الشعب الجديد – http://elshaab.org/thread.php?ID=89745

 

Fizo Omar terharu dengan kehadiran TG Nik Aziz DEC 29, 2013 HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara terkenal Wan Mohd Hafizol Wan Omar atau dikenali sebagai Fizo, terharu apabila Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut hadir pada majlis kesyukuran perkahwinan beliau semalam. Fizo dan pasangannya, Mawar Abdul Karim diraikan dalam satu majlis kasyukuran di kampung halamannya di Selising, Pasir Puteh, Kelantan semalam. Tuan Guru Nik Aziz yang juga mantan Menteri Besar Kelantan tiba di kediaman pelakon itu kira-kira jam 2.30 petang disambut Fizo sendiri. Menurut Fizo, beliau sangat gembira dengan kehadiran tokoh ulama dan politik itu pada majlis kesyukuranya sekaligus menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut. “Saya gembira dengan kehadiran Tok Guru Nik Abdul Aziz yang sudi hadir bagi meraikan hari bahagia kami,” kata Fizo kepada media. Majlis perkahwinan tersebut disempurnakan dengan jamuan 10 ekor lembu disediakan secara bergotong-royong penduduk sekitar Bukit Jawa dan Selising. Fizo dan Mawar sebelum ini selamat diijabkabulkan dalam majlis pernikahan mereka di rumah pengantin perempuan, di Counrty Height pada 10 November lalu.


DEC 29, 2013
 HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara terkenal Wan Mohd Hafizol Wan Omar atau dikenali sebagai Fizo, terharu apabila Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut hadir pada majlis kesyukuran perkahwinan beliau semalam.

Fizo dan pasangannya, Mawar Abdul Karim diraikan dalam satu majlis kasyukuran di kampung halamannya di Selising, Pasir Puteh, Kelantan semalam.

Tuan Guru Nik Aziz yang juga mantan Menteri Besar Kelantan tiba di kediaman pelakon itu kira-kira jam 2.30 petang disambut Fizo sendiri.

Menurut Fizo, beliau sangat gembira dengan kehadiran tokoh ulama dan politik itu pada majlis kesyukuranya sekaligus menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut.

“Saya gembira dengan kehadiran Tok Guru Nik Abdul Aziz yang sudi hadir bagi meraikan hari bahagia kami,” kata Fizo kepada media.

Majlis perkahwinan tersebut disempurnakan dengan jamuan 10 ekor lembu disediakan secara bergotong-royong penduduk sekitar Bukit Jawa dan Selising.

Fizo dan Mawar sebelum ini selamat diijabkabulkan dalam majlis pernikahan mereka di rumah pengantin perempuan, di Counrty Height pada 10 November lalu.

 

(99) Anda akan berjaya di Biz Kedai Online Herba Malaysia Jutawan Seny


(99) Anda akan berjaya di Biz Kedai Online Herba Malaysia Jutawan Seny.

Anda akan berjaya di Biz Kedai Online Herba Malaysia Jutawan Senyap Internet Copy/paste Network sekiranya anda:

● Rajin

● Komited terhadap tugas yang perlu dilakukan

● Konsisten

● Tekun

● Sabar menunggu pulangan..

Hanya dengan modal RM70 seumur hidup

Segala-gala akan menjadi milik anda. Makan gaji pun boleh kaya?? Jika ingin tahu bagaimana caranya cepat jangan berlengah lagi sila Daftar free 24 jam: http://bit.ly/cashjutawan [] LIKE! (◕‿◕)| SHARE | TAG | Extra Income RM3,000 Mingguan atau RM5,000 sebulan! ♥teknik Jutawan Internet Malaysia dengan cara mudah♥ANDA JANA WANG PERSARAAN RM1 JUTA DARI SEKARANG 🙂

 

 

>RAWATAN BEKAM POWER TERUS KE RUMAH ANDA 2014 K.LUMPUR & SELANGOR~ATASI MASALAH SAKIT BADAN, MIGRAIN, RESDUNG, STROKE, GANGGUAN SIHIR, GOUT, LEMAH TENAGA BATIN, TINGKATKAN MEMORI, BUANG TOKSIN DARI BADAN ANDA, BEKAM DI PUNCAK KEPALA SEMBUHKAN 72 PENYAKIT(sabda Nabi SAW) Appointment dan tempahan bekam lelaki/wanita SMS/WhatsApp BEKAM-NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN> Facebook http://bit.ly/bekamazzahra ♥ jom LIKE & SHARE ♥ INSHA ALLAH BERKAT 🙂